Sabtu, 27 Ogos 2011

Maaf Zahir Dan Batin


Jumaat, 12 Ogos 2011

Cikgu Hadzhir With Love


 

12 Ogos 2011 – Hari ini merupakan hari terakhir  En Ahmad Hadzhir bin Abdul berada di SK Bandar Tun Razak 1. Beliau akan meneruskan tugasnya di Sk Taman Midah 1 sebagai  Penyelia Petang. SKBTR1 sememangnya amat merasakan kehilangan seorang insan yang cukup dikagumi.

Menurut Cikgu Hazdhir, beliau berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan dan juga anak didiknya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Beliau juga berharap agar kecemerlangan SKBTR1 dalam UPSR dapat dikekalkan dan disiplin murid  sentiasa baik walaupun setelah beliau tiada di sini lagi. Semoga Cikgu Hadzhir dapat memberikan perkhidmatan  cemerlang tidak kira di mana beliau bertugas.