Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru


“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Selasa, 10 April 2012

Daulat Tuanku

SK Bandar Tun Razak 1, Kuala Lumpur merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIV, Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Hamidah

Khamis, 15 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

10 Mac 2012, 9:00 pagi - Mesyuarat Agung PIBG SKBTR(1) ke 28, telah diadakan di dewan terbuka, SK Bandar Tun Razak (1). Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa cabaran masa kini cukup hebat kerana tugas guru dan ibu bapa bukan sahaja memberikan pendidikan yang terbaik malah memastikan akhlak dan sahsiah terpelihara.

Turut berucap di majlis tersebut, Pengerusi PIBG Tuan Haji Mohd Nazarallah bin Haji Mohd Nasir dan Puan Guru Besar merangkap Penasihat PIBG, Puan Zakinah binti Ismail.

Jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2012/2013 adalah seperti berikut:
( senarai jawatakuasa di kalangan ibu bapa sahaja )
  • Tuan Haji Mohd Nazarallah bin Haji Mohd Nasir (YDP)
  • En. Azwan Yunos bin Omar (NYDP)
  • En. Ariffin bin Saad (AJK)
  • En. Rosli (AJK)
  • En.Affendi (AJK)
  • En. Nik Mohd Nasir (AJK)
  • Pn. Fatimah (AJK)
  • Pn. Samsiah (AJK)
  • En. Mohd Rezal bin Zakaria ( Pemeriksa Kira-kira)
Tahniah kepada Jawatankuasa baru, semoga dapat berkhidmat sebaik mungkin bagi membantu SKBTR(1) menjadi lebih cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun prasarana sekolah.
Antara usul yang hangat diperbahaskan dalam mesyuarat itu ialah usul berkaitan kantin sekolah.

Ahad, 19 Februari 2012

Majlis Pelantikan Barisan Kepimpinan Sekolah

Isnin, 30 Januari 2012 - Majlis Pelantikan Barisan Kepimpinan Sekolah telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn Zakinah binti Ismail selaku Guru Besar SK Bandar Tun Razak (1). Barisan Kepimpinan Sekolah yang terlibat ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT, Pengawas SPBT dan juga Pembimbing Rakan Sebaya.

Pembimbing Rakan Sebaya

 Pengawas SPBT

 Pengawas Sekolah

 Pengawas Pusat Sumber

Pengawas ICT

Rabu, 28 Disember 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam


Klik untuk Pekeliling SBPA

Khamis, 22 Disember 2011

Hari Orientasi Tahun 1 2012

Khamis, 1 Disember 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 November 2011 di Dewan Bestari SK Bandar Tun Razak (1). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg En Shaharudin bin Hj Zainal Abidin, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Tahniah kepada para penerima anugerah pada Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini.

 
 Tokoh Kokurikulum Putera (Fallah Hassan Bin Shahrom Jamil) tidak hadir kerana beliau menyertai Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 14 tahun yang berlangsung pada hari yang sama.