Jumaat, 16 September 2011
Sabtu, 27 Ogos 2011
Jumaat, 12 Ogos 2011
Cikgu Hadzhir With Love
12 Ogos 2011 – Hari ini merupakan hari terakhir En Ahmad Hadzhir bin Abdul berada di SK Bandar Tun Razak 1. Beliau akan meneruskan tugasnya di Sk Taman Midah 1 sebagai Penyelia Petang. SKBTR1 sememangnya amat merasakan kehilangan seorang insan yang cukup dikagumi.
Menurut Cikgu Hazdhir, beliau berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan dan juga anak didiknya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Beliau juga berharap agar kecemerlangan SKBTR1 dalam UPSR dapat dikekalkan dan disiplin murid sentiasa baik walaupun setelah beliau tiada di sini lagi. Semoga Cikgu Hadzhir dapat memberikan perkhidmatan cemerlang tidak kira di mana beliau bertugas.
Ahad, 31 Julai 2011
Istana SKBTR(1) di Putrajaya
29 Julai 2011 Putrajaya - Seramai 4 orang murid tahun 5 SK Bandar Tun Razak (1) telah menyertai Pertandingan Membina Istana "Paddle Pop Kingdom" di sini hari ini. Program yang dianjurkan oleh Walls Malaysia telah berlangsung di SK Putrajaya Presint 8 (2) dari pukul 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. SKBTR (1) telah diwakili oleh Amir Husaini, Arief Ikhram, Mohd Ferdaus dan Wan Nurul Hasanah.
Pertandingan tersebut telah menobatkan SK Seri Bintang Selatan sebagai pemenang tempat pertama, SK Sementa, Klang di tempat kedua manakala SK Bukit Jelutong berjaya meraih tempat ketiga. Walaupun SKBTR(1) tidak memenangi sebarang hadiah namun diharapkan dapat mencuba lagi pada tahun hadapan.
Sementara itu, Arief Ikhram telah mengharumkan nama SKBTR(1) dalam acara yang berasingan iaitu "Musical Chair" sebagai pemenang tempat pertama. Turut diadakan juga acara "Ajuk Gaya Superhero". Syabas dan tahniah kepada para pentadbir dan guru-guru yang terlibat.
KHEMAH IBADAH 2011
29 Julai 2011- Semua murid tahun 6 telah mengikuti Khemah Ibadah yang diadakan bermula dari jam 8.00 - 12.00 tgh. Slot yang menarik dalam program ini ialah ceramah moivasi yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek dari Al-Iman Motivation and Training.
Diharapkan motivasi yang disampaikan oleh penceramah ini dapat menyuntik semangat, keinsafan dan membina keperibadian terpuji kepada para peserta.
Langgan:
Catatan (Atom)



