Selasa, 19 Julai 2011

Lautan Biru terus mewarnai Stadium Kuala Lumpur

Kuala Lumpur 18 Julai 2011 - Mat Kilau terus mengungguli Kejohanan Sukan Tahunan 2011 bagi edisi ke 20 di Stadium Bola Sepak di sini hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh En. Nor Ashidi b Salim, wakil kepada pemangku Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak En. Shaharuddin b Hj Zainal Abidin dengan kata-kata semangat dalam usaha memartabatkan sukan di samping memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dari peringkat sekolah rendah lagi. Beliau juga mengucapkan syabas kepada semua guru SKBTR 1 dalam merealisasikan program 1 Murid 1 Sukan. Turut hadir Yang Dipertua  PIBG, En. Muhammad Nazarallah b Mohd Nasir.

Dalam pada itu, Tok Janggut turut memberi saingan hebat dikuti Mat Salleh dan Dol Said. Sokongan padu yang ditunjukkan oleh penyokong dan ibu bapa masing-masing menggamatkan lagi suasana stadium.

Kejohanan ini yang berlangsung seawal jam 8 pagi telah dimulakan dengan perarakan Pengawas SKBTR 1, perbarisan kontinjen-kontinjen rumah sukan dan pasukan unit beruniform. Program disusuli dengan upacara menaikkan bendera dan bacaan ikrar yang diketuai oleh Haziq Asyraf b Mazlan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan