Rabu, 20 Julai 2011

SK Bandar Tun Razak (1) hantar penyertaan terbanyak


Oleh Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my
2011/07/19


ZAKINAH (kiri) bersama sebahagian murid SK Bandar Tun Razak (1) yang menang kategori hantar penyertaan terbanyak pertandingan lukisan Dutch Lady.
PEMENANG Peraduan Lukis dan Menang menghias bahagian depan kotak susu Dutch Lady School menerima kejutan di sekolah masing-masing apabila dikunjungi wakil Jabatan Pengedaran NSTP untuk menyampaikan hadiah. 

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Johor, Nur Alia Ali dipilih memenangi hadiah utama pakej percutian bernilai RM5,000 ke Universal Studio, Singapura.
Pemenang kedua, Chang Zhun Lyn, murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur yang melayakkannya mendapat Apple iPad Wifi, berkata dia menyangka mendapat hadiah itu.
“Saya terkejut dan berterima kasih kepada kakak yang banyak memberi tunjuk ajar dan idea untuk melukis dan mereka kotak ini,” katanya. 

Hadiah disampaikan Pengurus Jualan Korporat Jabatan Pengedaran NSTP, Liza Ahmad dan Eksekutif Korporat Jualan, Jabatan Pengedaran NSTP, Nur Asyikin Norrashid disaksikan Guru Besar, Tong Oi Kuan. 

Selain itu, kategori penyertaan terbanyak pula ialah SK Bandar Tun Razak 1 bagi wilayah Tengah; SK Laksana mewakili zon selatan, SK Putra, wilayah Utara dan SK Kubang Kerian 3, kawasan Pantai Timur. Masing-masing menerima RM1,000 setiap satu. 

Guru Besar SK Bandar Tun Razak 1, Zakinah Ismail, berkata pemberian itu akan digunakan untuk membeli hadiah dan diberikan kepada semua peserta sebagai penghargaan daripada pihak sekolah. 
“Saya bangga kerana sekolah terpilih memenangi kategori penyertaan terbanyak dan memberi peluang murid menunjukkan bakat seni mereka,” katanya. 

Peraduan berlangsung 4 April hingga 9 Mei lalu, disertai 3, 012 penyertaan. Dua murid yang menerima hadiah sagu hati iaitu kamera digital Canon adalah murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lee Rubber, Gombak, Tan Dick Kian dan Noor Athirah Muhammad Azmi dari SK Raban, Lenggong, Perak. 


sumber
http://www.bharian.com.my/articles/SKBandarTunRazak_1_hantarpenyertaanterbanyak/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan